Kegiatan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Baginda juga bergiat aktif dalam pelbagai bidang, Tuanku Syed Faizuddin Putra merupakan peneraju Rejimen 504 Askar Wataniah (Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia) sebagai Komander berpangkat Brigedier Jeneral. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. Selain itu, Baginda juga adalah Presiden DiRaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis, Penaung bagi Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM), Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Perlis, Presiden Kelab Golf Putra Perlis, Penaung DiRaja Pertubuhan Jemaah Dato'-Dato' Perlis, Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Penaung DiRaja Persekutuan Besbol Malaysia, dan Penaung Persatuan Woodball Negeri Perlis.

Program Kemanusiaan

  • MAIPs Peduli

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merintis cara yang unik dalam menyampaikan agihan sumbangan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui konsep kayuhan berbasikal menjejaki dan menyantuni asnaf-asnaf di segenap pelusuk negeri Perlis. Program kayuhan DiRaja ini mempunyai pelbagai fokus yang berbeza saban tahun antaranya melibatkan isu penyalahgunaan najis dadah (2018), keciciran pelajar sekolah (2019), kesihatan (2020) selain turut mempromosikan usahawan asnaf MAIPs di bawah seliaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM). Walaupun negara masih dilanda Covid ketika ini, pada tahun 2021 ini sahaja baginda telah melaksanakan program berkenaan sebanyak 38 kali sehingga 6 September 2021.

Pencapaian Program
BilTahunBilangan KayuhanAsnaf DisantuniJumlah Sumbangan (RM)
120135616867,200
2201488264105,600
32015106264159,000
42016723181,425,600
52017712,3762,077,800
620189511,4006,840,000
720197613,4408,064,000
82020804,4383,087,000
Jumlah64434,78021,826,200
Data Murid Asnaf Cicir Kembali Ke Sekolah di Perlis
BILTAHUNSEKOLAH RENDAHSEKOLAH MENENGAHJUMLAH
12018

(OGOS – DIS)

86472
22019

(JAN – DIS)

7141148
32020

(JAN – MAC)

4104108
Jumlah19309328
  • Misi Kemanusiaaan Di Luar Negara

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat prihatin dengan pelbagai isu kemanusiaan di peringkat global. Baginda sentiasa mengangkat perhatian dunia untuk turut bersimpati dan bertindak demi membantu mereka yang memerlukan perhatian. Misi ini diketuai oleh Baginda sendiri bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Difahamkan Baginda merupakan Kerabat Diraja yang pertama di dunia berangkat ke Cox’s Bazar, Bangladesh bagi menyantuni para pelarian Rohingya pada bulan Oktober 2017.

BILTAHUNLOKASISUMBANGAN
12016Sempadan Jordan dan Syria- Bantuan makanan

- Program sekolah di lapangan

- Menaja sukarelawan anak Perlis ke Kem Pelarian

22017Cox’s Bazar, Bangladesh- Membina 6 buah masjid

- Menyediakan puluhan Pam Air

- Bantuan makanan

32018Baitulmaqdis, Palestin- Menaja 30 buah kerusi roda kepada Masjidil Aqsa

- Sumbangan wang ringgit

  • Eksesais Perbah / Op Pasir Di Bulan Ramadan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) berjiwa besar terhadap pasukan keselamatan di Malaysia dengan mengetuai beberapa siri lawatan keperbatasan sempadan perairan laut antarabangsa di Sabah (Op Pasir). Tanpa mengira penat lelah di bulan Ramadan, Baginda berangkat ke pulau-pulau mengurniakan sumbangan kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas pada saban tahun. Baginda turut berangkat ke hospital, masjid dan kampung-kampung di pedalaman untuk beramah mesra dengan rakyat dan dalam masa yang sama turut mengurniakan sumbangan.

BILTAHUN/ SEKTORKAWASAN LAWATAN OP - PASIR
12004

Utara Sabah

Kem Dogoton, Pulau Banggi, Pulau Jambongan, Pulau Tegaipi, Pulau Bakongan Kecil, Pulau Langkayan.
22006

Selatan Sabah

Pulau Menampilik, Pulau Mabul, Pulau Siamil, Pulau Bohayen, Pulau Mantabuan.
32007

Sarawak

Pos Jpg Lubuk Antu, Kem Sri Aman, Pos Jpg Serikin, Pos Jpg Biawak.
42008

Utara Sabah

Pulau Berhala, Pulau Bakungan Kecil, Pulau Jambongan, Kem Sri Kudat, Tg Simpang Mengayau
52009

Selatan Sabah

Kem Azumi, Pulau Tabawan, Pulau Sibuan, Pulau Omadal, Kilang Majulah Koko Tawau Sdn. Bhd.
62010

Utara Sabah

Pulau Berhala, Pulau Langkayan, Pulau Berlian, Pulau Tigabu, Kem Kerakit (Pulau Banggi), Tg Simpang Mengayan.
72011

Selatan Sabah &Terumbu Layang-Layang

Pulau Menampilik, Pulau Mabul, Pulau Danawan, Pulau Padanan, Pulau Mataking, Pulau Layang Layang, Pulau Sipadan.
82012

Utara Sabah

Pulau Kaniogan, Pulau Libaran, Pulau Selingan, Pulau Berhala.
92013

Selatan Sabah

Pulau Tabawan, Pulau Mabul, Pejabat Esscom Lahad Datu, Kg Tanduo.
102014

Utara Sabah

Kem Sri Kudat, Kem Kerakit (Pulau Banggi), Pulau Manawali, Pulau Limau-Limau, Pulau Mandi Darah.
112015

Selatan Sabah

Pulau Gaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Matabuan, Pulau Mataking, Pulau Bum Bum, Kem Sri Wangsa.
122016

Utara Sabah

Pulau Pamaguan, Pulau Libaran, Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil, FOB Tun Azizan.
132017

Selatan Sabah

Pos  Singamata Resort, Pulau Sibuan,  Pulau Timbun Mata, Pulau Adal, FOB PL Tun Sharifah Rodziah.
142018

Utara Sabah

Pulau Mandi Darah, Pulau Tigabu, Pulau Malawali, Pulau Balambangan, Kapal Bunga Mas 5.
152019

Selatan Sabah

Pulau Manang Pilik, Pulau Siamil, Pulau Omadai, Pulau Bum Bum, Pulau Sebatik.
162020

Utara Sabah

Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19
172021

Selatan Sabah

Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19
Program Titian Kasih Di Sabah
BILTAHUNSEKOLAH YANG DILAWATIKAWASAN
12016Kolej Vokasional Sandakan

SMK Eloputra

SMK Merpati

Sandakan
22017Kolej Tingkatan 6

SMK Tawau

MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens

Tawau
32018SMK Abdul Rahim

SMK Abdul Rahim II

Kudat
42019SMK Jalan Apas

SMK Titingan

Tawau
Sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis Kepada Hospital-Hospital Sepanjang Lawatan Di Sabah
BILTAHUNHOSPITAL YANG DIKUNJUNGIJENIS SUMBANGAN
12017Hospital TawauIncubator, Electronic Balances Operation, Otoacoustic Emission, AABR.
22018Hospital KudatMobile Donor B.E., Vital Sign Monitor, Multi Parameter Patient Monitor, Syringe Pump, Digital Baby Scale with Height Rod, Multi Parameter Patient Monitor & Inch, Jewett Braces & Lumber Braces.
32019Hospital SempornaLED Phototherapy, Baby Scale, Digital Baby Scale, Digital Column Scale with BMI Function, Pico Smokerlyzer, Multi Parameter Patient Monitor, Suction Unit.

Keagamaan

  • Program Ziarah Mahabbah Ke 6 Wilayah Andaman, Thailand

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang sentiasa berfikiran ke hadapan telah menjalinkan kerjasama strategik antara MAIPs dan Majlis Agama Islam di 6 Wilayah Andaman, Thailand. Jalinan ini melibatkan kerjasama dalam beberapa kepentingan bersama seperti Pengajaran Bahasa Melayu, Pengukuhan Tulisan Jawi, Pengurusan Zakat, Isu-isu Nikah Cerai dan Pembangunan Sosio Ekonomi Ummah.

Program Marhabah dan Seminar di Selatan Thailand
BILTAHUNLOKASI PROGRAM
12015Krabi
22016Phuket
32017Phang Nga Dan Nakhorn Sitammarat
42018Trang
52019Ranong
62020Krabi
72021Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19
82022Phuket

Pendidikan

  • Program Titian Kasih Mega

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis mempamerkan kasih sayang Baginda dengan rakyatnya dengan mengilhamkan Program Titian Kasih. Program ini berkonsepkan sesi penyampaian ceramah kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 di seluruh Negeri Perlis. Slogan utama program ini ialah 'Perlis Hebat Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan'.  Antara objektif utama program Titian Kasih ini ialah:

a.         Mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan Rakyat

b.         Menanam sikap setia rakyat kepada Raja.     

c.         Memupuk semangat cinta terhadap negara dalam kalangan pelajar.

d.         Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap isu-isu semasa.

Program Titian Kasih
BILTAHUNKAWASANBILANGAN PELAJAR
12015Arau3570
22016Padang Besar3280
32017Kangar5245
42018Arau4512
52019Padang Besar3221
62020Kangar4779
Jumlah24607
  • Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) Untuk Pelajar Terbaik / Cemerlang Dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis

Fokus Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dalam mentransformasikan 'Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan' telah mengilhamkan bengkel pembinaan jati diri untuk semua pelajar terbaik dan pengawas terpilih seluruh  negeri Perlis setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dirangka antaranya ialah Sesi Motivasi Pembelajaran, Program CSR di Rumah-rumah Kebajikan dan juga Sesi Riadah.

BILTAHUNLAWATAN AKADEMIK
12010Pesta Konvokesyen USM
22011Rumah Orang Tua Uzur Green Lane, Pulau Pinang
32012Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang
42013Rumah Orang Tua Uzur Green Lane, Pulau Pinang
52014Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang
62015St. Nicholas Home, Pulau Pinang
72016Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal, Seberang Prai Utara
82017Rumah Orang Tua Uzur, Green Lane, Pulau Pinang
92018Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang
102019Rumah Orang Tua Jubli Perak
  • Kem Jati Diri Untuk Pelajar-Pelajar Terpilih Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perlis Anjuran Bersama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Dengan Kerjasama Rejimen 504 Askar Wataniah (AW)

Pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan ditempatkan di Rejimen 504 AW, Kem Bukit Keteri, Perlis dalam meningkatkan jati diri pelajar selama tiga hari dua malam. Ilham yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ini baru sahaja bermula pada tahun 2019 dan akan menjadi program tahunan.

  • Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyahut aspirasi universiti dalam memperkenalkan (MPP) UniMAP di persada antarabangsa sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia sejajar dengan strategi ‘Keterlihatan Antarabangsa Yang Menyerlah’. Sehubungan dengan itu Baginda mengetuai sendiri delegasi diiringi Naib Canselor dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP mendedahkan barisan kepimpinan pelajar tentang kepelbagaian budaya masyarakat-masyarakat dunia.

Lawatan Akademi Dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Malaysia

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Komander Rejimen 504 AW juga Penaung DiRaja PALAPES mengetuai delegasi lawatan di dalam meneroka bidang pengurusan, latihan dan modul pentadbiran untuk pasukan simpanan serta sukarela. Lawatan ini turut juga disertai oleh IPTA-IPTA seluruh Malaysia.

Anugerah

P.A.T. daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin - 2010

D.K. daripada Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulliail - 2001

S.P.M.P daripada Raja Perlis, DYMM Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail - 1998

Kehormat

Anugerah Bintang Gagah Berani (B.G.P.) Pertahanan Awam - 2020

Anugerah Tokoh DiRaja Inspirasi Autisme (Bank Rakyat) - 2018

Doktor Kehormat Sains Pengurusan (Universiti Yala Rajabath), Thailand - 2016

Doktor Honoris Causa Pendidikan, La Trobe. University, Bundoora, Melbourne, Australia - 2010

Sayap Kehormat Polis DiRaja Thailand -2015

Insignia Kehormat Polis Diraja Malaysia untuk Skuad Khas Senjata dan Bahan Letupan - 2012

Sayap Polis DiRaja Malaysia - 2010

Special Warfare Command Wing Angkatan Tentera DiRaja Thailand - 2010

Anugerah DiRaja Pengakap Malaysia - 2009

Sayap Penerjunan dan Beret Kehormat (10 Briged Para) Tentera Darat Malaysia - 2004

Peranan

Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Komander, Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW), Tentera Darat Malaysia

Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis

Presiden Kelab Golf Putra (KGP) Perlis

Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah (YTF)

Penaung Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM)

Penaung Persekutuan Besbol Malaysia (MBF)

Penaung Manchester United Supporters Club – (Malaysia Chapter)

Penaung Pertubuhan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis

Penaung Pertubuhan Ba’alawi Malaysia

Penaung Persatuan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia

Penaung Persatuan Woodball Perlis (PWPs)

Penaung Smart Reader Kids Islamic (Smart Tadris)

NEGARA YANG DILAWATI
ASEANThailand, Singapura, Indonesia, Brunei D.S., Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos
TIMUR / ASIA TENGAHChina, Taiwan, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, Jepun, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Bangladesh, Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan
TIMUR TENGAHArab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Jordan, Bahrain, Kuwait, Oman, Palestin
OCEANIAAustralia, New Zealand
AFRIKAAfrika Selatan, Mesir, Mauritius, Maghribi, Tunisia, Ethiopia
AS/AMERIKA TENGAHAmerika Syarikat, Mexico, Cuba, Republik Dominica
AMERIKA SELATANArgentina, Brazil, Chile
EROPAHEngland, Scotland, Ireland, Sweden, Denmark, Norway, Finland, Belanda, Jerman, Belgium, Luxembourg, Leichstentein, Switzerland, Perancis, Monaco, Sepanyol, Portugal, Austria, Republik Czech, Romania, Slovakia, Croatia, Itali, Greece, Russia, Turki, Ukraine, Poland, Cyprus, Bosnia Herzegovina, Georgia, Hungary, Hollysee